Masa yang amat sesuai untuk Umno mengambil kesempatan melakukan perubahan dengan mencorak kepimpinannya

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein mengeas bahawa Umno tidak boleh lagi beroperasi seperti biasa dan menuntut kepada perubahan pendekatannya secara total.

Menurutnya, Umno kini berada dalam peringkat pemilihan parti dan mendapati ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa Umno ke hadapan dan mereka harus diberikan peluang untuk memimpin.

“Masa yang amat sesuai untuk Umno mengambil kesempatan melakukan perubahan dengan mencorak kepimpinannya. Saya sedar dan insaf dengan keputusan PRU14 yang lalu yang tidak menyebelahi Barisan Nasional. Rakyat telah menyatakan pendirian dan saya menerimanya dengan baik dan terbuki.”

“Saya turut mengambil tanggungjawab dan akauntibiliti terhadap kekalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sambil mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula Umno bermula dari Johor.

Beliau turut berikrar untuk tetap bersetia bersama-sama Umno sehingga ke akhir hayat dan akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal dipilih oleh para ahli menjelang 30hb yang akan datang.

“Saya juga telah bercakap dengan Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini serta berbincang bagaimana untuk saya terus menyumbang kepada parti. Mereka faham serta menghormati keputusan tersebut.”

“Perjuangan sekali ini bukan mengenai individu tetapi kekuatan berpasukan. Perjuangan sekali ini bukan mengenai kedudukan tetapi sumbangan. Marilah kita ambil isyarat PRU14 ini sebagai semangat dalam membina Umno yang lebih dekat di hati rakyat,” ujarnya.

Comments

comments