BERITA DAILY LETTER: From Rafidah Aziz via WhatsApp

Perkara: Pengswastaan semua tanah Mindef (Kementerian Pertahanan) di seluruh Malaysia

SAYA ingin merujuk kepada satu mesyuarat kabinet pada penghujung 2008, semasa Najib Razak selaku Menteri Pertahanan, dan juga Timbalan Perdana Menteri , kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tentu ingat membentangkan satu kertas kabinet, untuk mendapat persetujuan kabinet tentang cadangan beliau, atas perkara-perkara berikut:

* Untuk Najib swastakan semua lebih dari 40,000 hektar tanah milik Mindef di seluruh Malaysia. (Tanah tersebut adalah aset negara yang berharga dan strategik)

* ‘pengswastaan’ itu diberikan kepada sebuah syarikat milik 3 individu, iaitu 2 lelaki dan seorang wanita.

* pajakan tanah ialah untuk 40 tahun, iaitu empat dekad.

Tidak ada dibuat tender terbuka, atau diminta apa-apa sebutharga dari pihak-pihak lain.

Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Dato Sri (Najib) dalam mesyuarat tersebut:

a) Mengapa diswastakan kepada syarikat yang tidak langsung diketahui rekodnya

b) Mengapa tidak di swastakan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

Jawapan Dato Sri kepada saya dan disambut oleh PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian…’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato’ Sri. Kertas kabinet telah diluluskan.

Dato Sri  PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi pengesahan, bahawa:

(1) ‘Syarikat 3 individu adalah pemilik setiap inci tanah bekas milik Mindef (kecuali yang telah mereka jual)

(2)  Mereka lah sekarang pihak yang membuat keputusan atas perkara-perkara seperti:

– Apa yang akan di buat dengan tanah di seluruh Malaysia, yang bekas milik Mindef, tetapi yang telah diswastakan kepada mereka.

– Kepada syarikat mana yang mereka akan jual keping-keping tertentu, tanah yang sekarang mereka miliki itu. (Kecuali jika ada ‘arahan’ tertentu dari pihak atasan).

– Untuk tentukan apa-apa peraturan dan perjanjian seperti tukar tanah.

Ini seperti dalam keadaan, dimana, ada syarikat yang setuju untuk mereka pindahkan kem lama militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan bangunkan kem baru di lokasi lain,yang jauh dari bandar.

Sebagai ‘pertukaran tanah’ syarikat-syarikat tersebut akan dapat tapak-tapak kem lama, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan projek komersial, yang sangat menguntungkan.

Terutama selepas dinilai semula/ revalue, tanah bekas milik Mindef, kepada nilai semasa. (Contohnya ialah di Sarawak, iaitu transaksi dengan syarikat milik Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem-kem baru, di kawasan-kawasam luar dari bandar, dan dapat tapak-tapak kem Lama sekitar bandar untuk dibangunkan projek-projek komersial.

Dapatkah Dato Sri PM sahkan bahawa projek-projek berikut adalah antara yang melibatkan tanah Mindef.

Ini contoh-contoh yang diketahui:

1) Pengkalan TUDM di Sungai Besi telah di jual kepada 1MDB pada harga yang tidak munasabah iaitu RM74.20 pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan kepada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah ditarik balik.

Kerajaan melalui MOF (Kementerian Kewangan) telah ambil alih projek tersebut.

Wang deposit sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar oleh mereka. Akhirnya, bukan 1MDB yang bayar balik deposit itu, tetapi kerajaan ( iaitu pembayar cukai)

2) Kem Majidee, 4 km dari Johor Bahru, ditempatkan semula, ke lokasi-lokasi yang jauh, seperti ke Kluang, Gemas dan lain-lain. Sebenarnya isu ini telah di bangkitkan di Parlimen, dan juga oleh Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika itu di pengerusikan oleh Azmi Khalid.

3) East Cost Rail Link (ECRL) sepanjang 620 km

4) High Speed Rail ke Singapura (HSR)

5) Satu projek berbentuk pertanian komersial besar-besaran, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas tapak tanah Mindef  yang tidak digunakan’, atau” idle”. Sebenarnya, tidak ada lagi tanah milik Mindef sama ada ‘idle’ atau tidak. Semua tanah sekarang dimiliki oleh ‘syarikat 3 individu’.

6) Penjualan tanah Strategik , iaitu Pengkalan TUDM Butterworth kepada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek komersial. Pengkalan lama akan dipindahkan ke Ara Kuda.

Bagaimanapun, setelah ada banyak tentangan daripada pelbagai pihak, Dato Sri telah tangguhkan pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih mendalam’.
Walhal, wang sudah diperolehi dari jualan tapak tanah oleh ‘Syarikat 3 Individu’.

Baru-baru ini Dato Sri telah umumkan semasa membuka pengkalan TUDM Baru Sendayan, bahawa ‘tanah-tanah aset kerajaan yang tidak digunakan’, akan “di monetise” ‘untuk projek-projek lain ‘

Saya ingin mendapat pengesahan:

a) Adakah ini satu lagi perancangan untuk di komersialkan tanah milik Mindef, yang sekarang milik penuh  ‘syarikat 3 individu’ ?

b) Bahawa akan ada pendekatan-pendekatan di ambil, untuk membolehkan bantuan kewangan diberi terus kepada 1MDB, (seperti dalam kes pembayaran deposit oleh kerajaan dan bukan oleh 1MDB, dalam transaksi penjualan tanah Pengkalan Udara Sg Besi, kepada IWH- CREC Consortium )?

Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta:

Sila dedahkan untuk pengetahuan umum:

a) Identiti 3 individu tersebut, nama syarikat tersebut, butir-butir pengswastaan besar-besaran secara sekaligus, aset negara yang sangat strategik dan berharga itu.

b) Senarai menteri-menteri yang hadir dalam mesyuarat kabinet, yang meluluskan kertas kabiner, yang Dato Sri bentangkan itu. Saya sendiri memang hadir.

Tidak ada apa lagi yang ‘rahsia’ tentang kertas kabinet itu, kerana pengswastaan sudah pun selesai.

Projek-projek menggunakan tanah bekas milik Minde sudah pun, dan sedang dilaksanakan. Cara berterusan, projek baru akan dirundingkan dengan penilaian semula,nilai tanah kepada nilai semasa, untuk 30 tahun yang akan datang.

Kita semua mesti taat serta patuh berpegang kepada sumpah pelantikan jawatan kita. Menteri-menteri beragama Islam, memulakan sumpah mereka dengan lafaz.

Rafidah Aziz merupakan bekas Menteri Kabinet dari 1987 hingga 2008

Comments

comments