BERITA DAILY LETTER: Dari Lim Sian See, via e-mail

52+51+35+27 = 165 sahaja. Jumlah kerusi PRU14 ialah 222. Di mana bakinya?

Kerusi-kerusi di atas adalah untuk semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang akan ditanding oleh DAP, PKR dan Amanah.

Termasuk Sabah dan Sarawak, jumlah kerusi yang akan ditanding oleh DAP sama ataupun lebih dari PPBM. Ini tidak termasuk parti Amanah yang boleh dianggap sebagai parti cawangan DAP.

Kerusi-kerusi yang ditanding oleh PPBM boleh disifat sebagai kerusi kamikaze di mana kebanyakkan adalah pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan Umno. Kemungkinan untuk PPBM menang sangat tipis.

Ini tidak sama dengan kerusi-kerusi majoriti Cina yang akan ditanding oleh DAP dimana kemungkinan menang adalah jauh lebih besar.

Pada PRU13, antara tiga parti di Pakatan Rakyat, DAP juga bertanding jumlah kerusi yang paling kurang tetapi menang kerusi yang paling banyak.

PRU13 – tanding dan menang
1. PKR 99 (30)
2. PAS 74 (21)
3. DAP 51 (38)

Permainan propaganda DAP yang sangat licik!

Comments

comments