Ada warga tempatan yang menjadi ‘Ali Baba’ dalam memberi premis perniagaan kepada warga asing

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd Ridzuan Abdullah hari ini menggesa Kerajaan wujudkan undang-undang ‘anti Ali Baba’ dalam usaha mengekang warga asing yang monopoli perniagaan.

“Peniaga warga asing yang terlalu ramai sekarang menyebabkan mereka telah monopoli sesuatu kawasan perniagaan. Mereka adakan rangkaian perniagaan, adakan jaringan pelindungan dari tindakan penguatkuasa undang-undang, termasuk adakan rangkaian hubungan dengan agensi terlibat melalui pintu belakang.

“Walaupun desakan supaya kerajaan ambil tindakan, tetapi masalah sukar di selesaikan kerana ada warga tempatan yang melindungi mereka,” kata Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ada warga tempatan yang menjadi ‘Ali Baba’ dalam memberi premis perniagaan kepada warga asing.

“Kuasa warga asing hari ini mereka mengunakan kuasa wang untuk mendapat apa yang mereka mahu,” jelasnya.

“Saya minta kerajaan adakan undang-undang ‘anti Ali Baba’ dengan hukuman yang berat,” tegas Ridzuan.

“Dari sudut hasil kepada kerajaan, kerajaan rugi jutaan duit kerana mereka bukan pembayar cukai, lagi bahaya jika warga asing mengunakan perniagaan ini untuk melindungi aktiviti mengubal wang haram atau membiayai keganasan,” tambah beliau lagi.

Comments

comments