BERITA DAILY LETTER: From G Manivannan via WhatsApp

SAYA mendapati pengumuman tarikh pengundian bagi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14), pada 9 Mei 2018, hari Rabu adalah satu lagi taktik kotor BN dan SPR untuk mengurangkan jumlah pengundi keluar mengundi.

Sekiranya, jumlah peratus pengundi yang keluar adalah berkurangan, maka Pakatan Harapan akan menghadapi kesukaran untuk menawan Putrajaya.

Tambahan kepada itu, pengundi yang berada di luar kawasan akan menghadapi masalah untuk pulang ke kawasan untuk mengundi. Kesukaran anak muda balik ke kawasan untuk mengundi akan membantutkan kemenangan Pakatan Harapan.

Walaupun saya dimaklumkan bahawa 9 Mei 2018, hari Rabu adalah cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian, pengundi luar kawasan masih akan menghadapi masalah untuk pulang dan balik semula selepas mengundi.

Saya akan membawa kertas cadangan kepada Sekretariat Pakatan Harapan, untuk mempertimbangkan bahawa sekiranya Pakatan Harapan menang Putrajaya, 10 Mei 2018, Khamis diumumkan sebagai cuti peristiwa tambahan.

Ini akan menyenangkan dam melegakan pengundi untuk pulang mengundi dan kembali ke kawasan masing-masing tanpa sebarang kesukaran.

Manivanan Gowin merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR

Comments

comments