Cadangan pemasangan CCTV bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan pelajar diutarakan berikutan pendedahan sekolah-sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini menyambut baik cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bertujuan memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan pelajar di sekolah.

Kata Menteri Mahdzir Khalid, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) boleh berperanan dalam menentukan sekolah mana yang terlibat terutamanya yang dikenalpasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah.

“Untuk itu, CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.”

“Saya turut ingin mengesyorkan supaya elemen CCTV ini terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementerian ketika ini,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presiden NUTP Anwar Ibrahim berkata, kesatuan itu sudah menyuarakan cadangan menggunakan CCTV di sekolah sejak tiga tahun lalu memandangkan bilangan pelajar sudah tidak mampu dipantau pengawal keselamatan pada satu-satu masa.

“Kita tidak nafikan ada sekolah yang menetapkan guru yang bertugas mengikut giliran untuk mengawal keselamatan pelajar semasa mereka datang dan balik dari sekolah tetapi lebih baik jika syarikat-syarikat yang membekalkan CCTV memberikan potongan harga kepada pihak sekolah,” katanya.

Cadangan pemasangan CCTV bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan pelajar diutarakan berikutan pendedahan sekolah-sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin.

Sebanyak, 402 buah sekolah telah tersenarai oleh kementerian sebagai sebagai sekolah hotspot dari seluruh negeri dalam Malaysia.

Sekolah hotspot ini merupakan sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah, dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi di kalangan pelajar sekolah

Senarai tersebut menyaksikan negeri Selangor berada pada tempat tertinggi dengan penyenaraian 76 buah sekolah, dengan 9 daripadanya terlibat dengan isu dadah.

Sementara itu, 63 buah sekolah di negeri Johor ( 1 sekolah dalam kategori dadah) meletakkannya di tempat kedua dalam senarai tersebut secara keseluruhannya, diikuti dengan Negeri Sembila dengan 40 buah sekolah yang tersenarai (5 sekolah dalam kategori dadah).

Tempat keempat dikongsi dengan negeri Pulau Pinang dengan 37 buah sekolah yang tersenarai (9 sekolah dalam kategori dadah) dan Pahang dengan 37 buah sekolah yang tersenarai (7 sekolah dalam kategori dadah).

Sungguhpun tidak berada di antara tempat teratas secara keseluruhan, Kuala Lumpurmen catatkan penglibatan 22 buah sekolah dan kesemua sekolah tersebut terlibat dalam kategori dadah.

Jumlah sekolah di Kelantan pula mengekori senarai tertinggi isu dadah dengan 12 buah sekolah daripada 31 buah sekolah hotspot yang tersenarai.

Comments

comments