Pakatan telah setuju bahawa BRIM, penghapusan tol jalanraya, penyeragaman pinjaman PTPTN and pinjaman peneroka Felda adalah akur janji BN yang sahih dan terbukti

KUALA LUMPUR: Pelancaran manifesto Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) oleh Pakatan Harapan bersifat populis dan tidak praktikal dari sudut perlaksanaannya.

Demikian kata, Madhu Marimuthu, Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC, yang turut mendakwa Pakatan menciplak Pelan Tindakan Barisan Nasional sebagai manifestonya.

“Secara tidak disedari, PH telah setuju bahawa BRIM, penghapusan tol jalanraya, penyeragaman pinjaman PTPTN and pinjaman peneroka Felda adalah akur janji BN yang sahih dan terbukti dari segi perlaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, cadangan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah serupa mandul idea dan memperlihatkan kekurangan mentadbir kerajaan.

“Tindakan penghapusan GST ialah suatu langkah regresif PH. Soalan yang timbul ialah pendapatan daripada GST dianggarkan dalam lingkungan 40-45 billion. Dari manakah pendapatan cukai sebanyak ini akan dikutip oleh kerajaan PH? ” soalnya.

Madhu yang juga merupakan seorang akauntan bertauliah berkata keinginan Pakatan meningkatkan gaji minima kepada RM1500 dan menyeragamakannya di seluruh negara adalah tidak praktikal.

“Ini kerana kos yang terlibat dan juga persekitaran yang terlibat di semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak tidak sama.”

Selain itu, pelan Pakatan bagi kumpulan minoriti bukan sesuatu yang baru.

“Kerajaan BN telah lama merangka pelan pembangunan yang khusus untuk komuniti Cina, India dan orang Asal. Setiap tahun dalam belanjawan tahunan peruntukan diberikan. Ini telah membolehkan masyarakat ini menikmati berbilion ringgit untuk pembangunan komuniti mereka,” katanya.

“Institusi seperti SAME, Sedic and Jakoa telah berfungsi dari segi perlaksanaan untuk menyelesaikan masalah social dan pembangunan ekonomi kaum tertentu. Khas untuk kaum
India, Pelan Tindakan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint) dirangka untuk pembangunan kaum india dalam masa 10 tahun akan datang,” tambahnya sambil menegaskan manifesto PH tidak memberi rangsangan baru dalam aliran politik dan pengurusan kerajaan.

“Ia berpaksikan pelan tindakan BN selama ini yang tidak di implementasikan di masa pucuk pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Pimpinan Najib Razak yang mendahulukan rakyat lebih terancang dan tersusun,” kata beliau.

“Secara kesimpulan , PH telah membuktikan melalui manifestonya bahawa mereka tidak bersedia lagi untuk menerajui pucuk pimpinan negara kerana Manifesto mereka adalah pelan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN,” sambung Madhu Marimuthu.

Comments

comments