KP Samy memberikan tempoh 21 hari kepada pucuk pimpinan MIC dan lembaga MIED supaya memberi jaminan bahawa kesemua aset milik MIC agar dikembalikan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota MIC hari ini menggesa bekas Presiden parti S Samy Vellu dan ahli lembaga MIED yang merupakan sayap pendidikan MIC supaya mengembalikan semula aset milik parti itu.
Menurut K Palanisamy yang lebih dikenali sebagai KP Samy, MIED yang menguruskan Universiti AIMST mempunyai aset lebih kurang RM2.5 bilion perlu mengembalikan kepada partinya supaya ia dapat digunakan untuk memperkasakan partinya yang tewas mengejut pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
“Saya menggesa Tun (Samy Vellu) 59 ahli lembaga MIED termasuk Presiden Parti Dr S Subramaniam supaya segera mengembalikan aset milik partinya demi kebaikan ahli-ahli MIC.”
“Ramai beranggap MIC tidak mampu beroperasi tanpa sokongan kerajaan pusat. Ada yang percaya MIC akan muflis. Tetapi, parti itu memiliki aset lebih kurang RM3 bilion termasuk Kolej Tafe, bangunan dan tanah milik partinya diseluruh negara,” kata kepada pemberita di satu sidang media petang tadi.
KP Samy, MIED juga perlu mengembalikan deposit RM17 juta dilabur oleh partinya.
“Saya pernah menyuarakan isu ini semasa saya menjadi ahli CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) pada era Samy Vellu. Namun, tiada sokongan dari ahli partinya. Tapi, kini mustahak bagi MIC mendapat semula deposit tersebut.”
“Saya cadangkan deposit RM17 juta dilaburkan didalam Amanah Saham Wawasan, dimana dengan kiraan bunga enam peratus, partinya mampu menjana pulangan RM1.1 juta setiap tahun. Ini sudah memadai menjalankan operasi parti,” katanya.
Tambahnya, tidak siapa berhak menuntut hak AIMST, kerana kerajaan BN terdahulu dan ketua-ketua cawangan MIC mendermakan berjuta-juta ringgit  bukan kepada individu tertentu sebaliknya kepada parti dan demi pembangunan kaum India.
“Yang dapat manfaat daripada AIMST adalah kroni-kroni ahli lembaganya bukan anggota parti.”
“Saya memberikan tempoh 21 hari kepada pucuk pimpinan MIC dan lembaga MIED supaya memberi jaminan bahawa kesemua aset milik MIC agar dikembalikan. Sekiranya gagal, maka saya bersama beberapa ahli MIC akan mengheret isu ini ke mahkamah,” tegasnya lagi.

Comments

comments