Ā Jika berlaku salah laku, serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat terlebih dahulu

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia, Lokman Noor Adam menggesa Kerajaan Pakatan Harapan supaya berhenti membuat tuduhan politik yang akan merosakkan hubungan antarabangsa negara.

Menurutnya, tuduhan Lim Guan Eng, amat berat kerana Kementerian Kewangan pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan Malaysia dalam melakukan perbuatan rasuah.

“Ini memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik dan perdagangan kita dengan China.”

“Sebagai Menteri Kewangan, Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini bahawa kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal,” kata Lokman dalam satu kenyataan.

Lokman turut mengesahkan bahawa dakwaan Guan Eng sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain.

” Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain.”

Namun, Lokman menjelaskan bahawa Ā pencarian beliau menunjukkan bahawa CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan telah menyiapkan lebih daripada 10,000km saluran paip.

“CPPB juga adakah anak syarikat penuh milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation (CNPC), yang disenaraikan sebagai syarikat nombor empat terbaik pada 2017 di kalangan 500 Syarikat Terbaik Dunia (Fortune 500) dengan pendapatan sebanyak AS $ 263 bilion tahun lepas.

“Berdasarkan kekuatan dan prestasi syarikat tersebut, adakah Guan Eng mendakwa bahawa CPPB atau CNPC tidak boleh menyelesaikan dua projek tersebut tepat pada masanya selepas menerima bayaran? ” soal Lokman sambil menambah ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi projek pembinaan ā€œturn-keyā€ untuk mempunyai jadual pembayaran yang berbeza daripada perkembangan kerja pembinaan.

“Ini mungkin disebabkan oleh rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang berkaitan dengan pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan China,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa Kementerian Kewangan supaya mendedahkan keseluruhan perjanjian kepada orang ramai bagi membolehkan mereka memeriksa mengapa bayaran kepada syarikat pembinaan tersebut distruktur sedemikian rupa.

“Jika berlaku salah laku, serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat terlebih dahulu. Kerajaan Pakatan Harapan harus berhenti membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang berniat untuk terus memburukkan kerajaan BN sebelum ini,” tegasnya.

Terdahulu, semalam memetik laporanĀ MalaysiakiniĀ Guan Eng mempersoalkanĀ mengapa SSER telah membayar RM8.25 bilion atau 87.7 peratus daripada jumlah nilai projek sedangkan hanya 13 peratus kerja pembinaan telah dilakukan.

Syarikat yang dipersoalkan itu ialah Suria Strategic Energy Resources (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada Mei 2016 untuk memasang Pipeline Multi-Product (MPP) di Melaka dan Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Comments

comments