DAP tidak patut melupakan jasa-jasa kaum India yang menghulur tangan semasa parti itu lemah pada zaman Mahathir

Oleh Amaravathy Venugopal

KOMEN

TARIKH Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata, akhirnya telah diumukan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

PRU14 adalah pilihan raya yang boleh dikatakan hidup atau mati, bukan sahaja kepada BN malah juga kepada Pakatan Harapan.

Dalam keadaan begini, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara PPBM telah menyukarkan PH untuk bertemu dengan BN.

Maka, PH membuat keputusan untuk bertemu perlawanan satu lawan satu dan membuat keputusan untuk bertanding dibawah satu logo iaitu logo PKR.

Ini adalah satu tindakkan yang amat luar biasa telah diambil oleh gabungan parti-parti pembangkang seperti DAP yang selama ini menggunakan logo mereka sendiri.

Parti politik dari komponen BN dan juga gabungan PH merancang mencari jalan untuk memikat dan mendekati pengundi dengan pelbagai cara dan kempen.

Seperti yang pernah ditulis oleh penulis, di PH, PPBM dan Amanah memainkan peranan untuk menarik pengundi Melayu.

Manakala DAP dan PKR pula mempunyai diamanahkan untuk memikat pengundi bukan Melayu.

Berbanding dengan PKR, DAP adalah sebuah parti yang tertua dalam arena politik tanah air yang terpaksa mainkan peranan penting untuk menarik pengundi kaum Cina dan juga kaum lndia.

Namun, persoalanya apakah DAP mampu meraih sokongan pengundi India khususnya di Johor?

Maksud saya disini ialah seperti PRU13, DAP Johor, kemungkinan besar sekali lagi akan membuat kesilapan yang sama dalam pemilihan calon dari pemimpin India di negeri Johor.

Ketua DAP negeri Johor, Liew Chin Tong adalah seorang pakar strategi di peringkat kebangsaan, maka beliau perlulah gunakan kecekapan itu dengan cermat di negeri Johor bukannya menggunakan strategi yang digunakan oleh Dr Boo Cheng Hau (bekas pengerusi johor) ketika memilih pemimpin India sebagai calon DAP pada PRU13 yang lalu.

Menurut satu perfahaman antara gabungan PH, PKR bakal bertanding lapan kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN di Johor pada PRU14 nanti.

Manakala DAP pula bertanding enam kerusi parlimen dan 14 kerusi DUN. Dipercayai DAP sedia memberi peluang Sheik Omar sebagai calon du DUN Paloh. Sheik merupakan bekas aktivis PAS menyertai DAP selepas tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PAS.

Menyentuh kerusi kepada pemimpin India, didapati DAP hanya satu kerusi DUN diperuntukkan sebagai ‘kuota India’ pada kali ini.

Dipercayai, salah seorang daripada bekas Senator S Ramakrishnan atau Pengerusi DAP Cawangan Senai Utama, A Sandra Segaran akan diberi peluang bertanding pada PRU ini.

Namun, pengundi India di Johor mengharapkan Parlimen Labis dan DUN Paloh sepatutnya diberikan kepada pemimpin India untuk bertanding.

Setakat hari ini tiada sebarang pengumuman dari DAP ne, menunjukan kemungkinan besar kerusi yang bakal diperuntukkan kepada kaum India menjadi persoalan
dan kali ini diramal hanya satu kerusi DUN sahaja telah diperuntukkan kepada kaum India di negeri Johor.

Ini mungkin menimbulkan kecurangan di kalangan ahli India sehingga mengadakan satu tunjuk perasaan tidak puas pada minggu lepas di Skudai.

Mengikut mereka bahawa DAP adalah parti yang begitu lama disokong oleh kaum India semenjak ia ditubuhkan. Namun, keputusan mengecewankan sehingga hanya seorang sahaja diberikan peluang, sebaliknya pengundi India pula mengharapkan akan diberikan peluang yang sepatutnya diberi sekurang-kurangnya satu parlimen dan satu DUN sebagaimana diberikan pada PRU13.

Akhir kata, DAP tidak patut melupakan jasa-jasa kaum itu yang menghulur tangan semasa parti itu lemah pada zaman Mahathir. Saya bukan mengatakan orang Melayu tidak penting untuk parti tetapi jangan melepaskan kaum India.

Oleh yang demikian, DAP perlu mengelakkan diri daripada dikatakan seperti kacang lupakan kulit.

Amaravathy Venugopal merupakan pembaca Berita Daily

Comments

comments