SURAT BERITA DAILY; Dari A Rajaretinam melalui e-mail

SAYA selaku pengasas dan Presiden Parti Generasi Baru (Parti Tindakan Hak Minoriti (MiRA) mengalu-alukan cadangan Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri berhubung dengan pengambilan pekerja asing.

Ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa negara ini sudah pun dibanjiri dengan lebih 6 juta warga asing dan tidak terkawal.

Dikatakan terdapat lebih 2 juta pekerja asing dengan dokumen sah dan bakinya adalah PATI.

Kebanjiran warga asing ini telah membawa banyak masalah sosial serta penyakit atau wabak yang akan mengganggu gugat kesihatan rakyat tempatan.

Kini banyak pernigaan tempatan telah dimonopoli oleh warga asing secara licik serta tidak terkawal kerana adanya rakyat tempatan yang bersuhabat dengan mereka untuk mencari untung dengan cara senang.

Kebanjiran warga asing juga telah menyekat peluang pekerjaaan kepada golongan muda tempatan. Banyak industri kini tidak mahu gunakan tenaga tempatan kerana buruh asing
murah.

Sikap syarikat tempatan ini adalah salah malah menjadi pengkhianat kepada anak bangsa tempatan.

Kita hanya perlukan buruh asing di sektor-sektor yang memerlukan kemahiran warga asing seperti sector pembinaan dan sector perladangan.

Kita tidak perlukan sebegitu banyak buruh asing di sektor perkhidmatan seperti di hotel, kedai 7Eleven, KK Mart, Supermarket, Hyper market, stesen minyak, restoran dan
sebagainya.

Sektor-sektor ini harus utamakan anak-anak tempatan yang membantu mereka dalam memperkukuhkan keyakinan diri mereka bila menceburi bidang perniagaan
mahupun pekerjaan. Mereka harus diberi gaji yang berpatutan serta kemudahan dan kebajikan yang sepatutnya.

Kita mampu mengurangkan pengaliran tunai matawang kita yang akan membantu menaikan nilai matawang kita dengan mengurangkan pengantungan kita kepada mereka.


– Rajaretinam Armuggan merupakan Presiden MiRA NewGen

Comments

comments