Tuduhan yang kata PAS nak bergabung dengan Umno akan terjawab sendiri pada PRU14 nanti, kata Dr Azman Ibrahim

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS menegaskan bahawa partinya tidak akan bersama Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14).

Menurut, Dr Azman Ibrahim, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, tuduhan yang kata PAS nak bergabung dengan Umno akan terjawab sendiri pada PRU14 nanti.

“Soalan benarkah PAS ada bincang untuk bersama Umno dalam PRU akan datang bagaikan soalan tetap dalam program dialog santai bersama masyarakat.”

“Saya pun yakin, yang bertanya itu dia sendiri pun tak percaya bahawa PAS nak bersama Umno. Tapi mereka suka dengar ulasan dan jawapan santai. Kita pun tanpa rasa jemu akan terus layan untuk menjawab,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Azman turut mendedahkana bahawa Yang bercakap hal PAS nak bersama Umno bukannya orang PAS.

“Tapi orang Umno dan PH. Kita orang PAS relaks saja.”

“Orang PAS cukup faham. Umno apabila tersepit, mereka akan cari PAS ‘minta nyawa’. Bila kuat mereka akan tendang dan terajang PAS,” tegas beliau.

“Ahli PAS tak mempunyai masalah untuk memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui Presidennya Abdul Hadi wang untuk mengemudi bahtera perjuangan ini,” tambahnya lagi.

Dr Azman turut menjelaskan bahawa pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diambil oleh PAS bukan bermakna parti Islam itu serah hidung untuk dicucuk oleh Umno lalu ditarik mereka sesuka hati.

“Kita buat baik dengan saudara kita orang Umno kerana Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama insan.”

Ujarnya, kebaikan PAS ikhlas kerana Allah.

“Tak ada pimpinan PAS yang dapat projek sejak pendekatan BPMS dilaksanakan. Kita terus kerja macam biasa. Akhirnya nanti lihatlah bagaimana Umno akan menentang PAS dalam PRU akan datang,” kata beliau.

Comments

comments