Ucapan PM turut membuat rakyat terfikir dan dapat memahami dan menyedari tentang iklim politik sedia ada dalam menghadapi di dalam PRU 14

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Perdana Menteri Najib Razak merangkap Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 membuktikan kenyataan-kenyataan oleh pembangkang adalah sekadar pembohongan dan mengelirukan rakyat.

Demikian kata Presiden MIC, Dr S Subramaniam ketika mengulas ucapan dasar Najib dikatakan tepat pada masa dan memberi satu pandangan yang jelas kepada ahli-ahli Umno dan rakyat berkenaan isu-isu berkaitan negara.

“Melalui pelbagai contoh yang benar dan bernas telah membuktikan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) adalah sebenarnya adalah demi pembangunan negara.”

“Manakala, kenyataan-kenyataan oleh pihak pembangkang yang telah mengelirukan dan boleh dikatakan sebagai pembohongan yang penuh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri PAU pada pagi ini di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya lagi, ucapan Najib juga yang menyentuh beberapa bekas pemimpin BN yang kini bersama pembangkang yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

“Ucapan PM turut membuat rakyat terfikir dan dapat memahami dan menyedari tentang iklim politik sedia ada dalam menghadapi di dalam PRU 14,” katanya lagi.

Comments

comments