Sikap berdiam diri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia akan memberi kesan terhadap kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada kepimpinan Najib dan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) memerlukan proses usul tergempar dari perwakilan untuk menjantankan Presiden Umno Najib Razak merangkap Perdana Menteri Malaysia mengambil tindakan balas terhadap Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions yang telah menghina Najib dan Malaysia dengan tuduhan 1MDB sebagai Kleptokrasi paling teruk.

Tanpa sebarang tindakan dari Najib Razak dan kerajaan Malaysia membuktikan semua dakwaan dan keterlibatan Najib Razak #MO1 dalam skandal kecurian terbesar Negara Malaysia.

Demikian kata, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena ketika mengulas keengganan Najib dan perwakilan Umno membincangkan di PAU 2017.

“Rakyat Malaysia khususnya perwakilan PAU usah ‘tulikan telinga’ apabila peguam negara Amerika Syarikat Jeff Sessions menyifatkan skandal kecurian 1MDB adalah Kleptokrasi paling teruk. ”

“Sangat memalukan negara Malaysia dan kepimpinan Najib dengan dakwaan pegawai 1MDB menyeleweng dana lebih AS$4.5 bilion (RM18.24 bilion) menerusi transaksi rahsia dalam rangkaian rumit dan syarikat kosong dengan akaun bank di negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan AS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambungnya bahawa ini merupakan dakwaan yang akan mendatangkan persepsi buruk terhadap Malaysia.

Menurutnya, dakwaan dan tuduhan terhadap PM Najib Razak dan Kerajaan Malaysia dalam isu 1MDB tanpa tindak balas dari Najib menunjukan kebenaran dakwaan tersebut.

“Sikap berdiam diri Najib dan kerajaan Malaysia akan memberi kesan terhadap kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada kepimpinan Najib dan ekonomi Malaysia,” tegasnya lagi.

Comments

comments