C Sivarraajh yang dikatakan sebagai bakal calon BN pada PRU 14 nanti, berkata beliau sedia membantu penduduk tempatan menyelesaikan masalah ini

KUALA LUMPUR: Penyelaras MIC di kawasan parlimen Cameron Highlands C Sivarraajh menyatakan sikap pelancong merupakan salah satu punca kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

Menurutnya, selain sikap pelancong yang memberhentikan kereta ditepi jalan, kekurangan parkir di destinasi-destinasi pusat pelancong turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang merupakan satu yang lama tidak dapat diselesaikan.

“Hari ini saya tidak hadir program atau berjumpa sesiapa untuk bercakap pasal kempen PRU (Pilihan Raya Umum). Tetapi saya berjalan-jalan dengan masyarakat tempatan meninjau dan mengunakan jalan-jalan yang sesak supaya memahami keadaan dan perasaan penduduk tempatan di setiap hari minggu,” katanya dalam posting Facebook.

Tambah Sivarraajh yang juga Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, keadaan trafik yang menyebabkan kita sesak di jalanraya selama hampir tiga jam dari Tanah Rata ke Kampung Raja/ Kuala Terla.

“Kesesakan lalu lintas akibat kekurangan parkir dan sikap pelancong yang memberhentikan kenderaan ditepi jalan menjadi penyebab utama kesesakan jalan di Cameron highlands,” jelasnya lagi.

Cameron Highlands merupakan salah satu pusat pelancongan yang menarik pelancong dari tempatan dan luar negara.

Dianggarkan, ribuan pelancong mengunjungi Cameron Highlands pada musim cuti.

Namun, masalah kesesakan lalu lintas apabila jalan-jalan yang terdapat di pusat peranginan itu sempit dan menyukarkan ribuan kenderaan bergerak pada setiap kali musim percutian termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Walaupun, isu ini sering kali mendapar perhatian di media dan juga penduduk tempatan, tiada satu rancangan konkrit dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Setiap kali musim percutian, kesesakan lalu lintas yang teruk pasti berlaku terutama di kawasan bandar ekoran jalan yang sempit dan pengunjung meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana kekurangan tempat meletak kenderaan.

Laluan sehala yang dilaksanakan pada April lalu, di pekan Brinchang tidak dapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Pelaksanaan laluan sehala ini merupakan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai satu penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Sivarraajh yang dikatakan sebagai bakal calon BN pada PRU 14 nanti, berkata beliau sedia membantu penduduk tempatan menyelesaikan masalah ini.

“Kita harus membantu dengan perancangan dan pelaksanaan projek pengurusan trafik yang efisyen,” katanya.

Comments

comments