Hakim Abu Bakar Manat menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Feb dan 22 Mac tahun depan untuk membolehkan pihak pembelaan memperkemas semua urusan sebagai persediaan bagi perbicaraan itu berikutan permohonan penangguhan mereka

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi, yang berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Feb dan 22 Mac tahun depan untuk membolehkan pihak pembelaan memperkemas semua urusan sebagai persediaan bagi perbicaraan itu berikutan permohonan penangguhan mereka.

“Sebaik tarikh perbicaraan ditetapkan, mahkamah tidak akan melayan sebarang penangguhan lagi kecuali jika berbangkit keadaan yang genting. Oleh itu masa yang mencukupi diberikan bagi semua perkara (mengenai kes ini) untuk diselesaikan,” katanya.

Pada 28 Feb, Abu Bakar telah menetapkan 16 hari perbicaraan antara 4 Julai dan 25 Ogos tahun ini.

Tertuduh ialah bekas Pengarah JANS  Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 55, isterinya Fauziah  Piut, 52 dan Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 63, bagi dakwaan pengubahan wang haram RM61.48 juta dan memiliki barang mewah daripada aktiviti haram.

Comments

comments