SURAT BERITA DAILY: Dari Rizal Bakar, via WhatsApp

Sudah 24 jam telah pun berlalu namun Mohd Sabu masih tidak membuat laporan polis, terus membisu dan berdolak dalik tanpa menjawab persoalan yang ditujukan sebelum ini.

Jawapan ‘No Comment – Check With My Lawyer’ kepada pemberita terus mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli media, ahli-ahli Parti Amanah Negara tetapi khalayak ramai juga.

Walaupun Dr Mahathir Mohamad cuba menepikan isu moral dan akhlak ini, saya ingin menambah dan bertanya kepada Dr Mahathir tentang sikap ‘double standard’ yang beliau amalkan dalam isu ini yang melibatkan Presiden Parti Amanah Negara selaku calon Parlimen Kota Raja.

Mengimbas kembali, Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatan dari kerajaan pada tahun 1998 sebelum dibuktikan dan dijatuhkan hukuman oleh makhamah.

Bukankah DSAI (Anwar Ibrahim) tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah? Atas sebab apa DSAI dilayan sebegitu rupa oleh Dr Mahathir sebelum dibuktikan kesalahan-kesalahan seksual beliau dahulu? Lain pula ceritanya bila isu moral dan akhlak yang dikaitkan dengan Mohd Sabu.

Justeru itu, apakah pendirian Dr Mahathir sekarang, adakah beliau masih berpendapat bahawa DSAI adalah seorang peliwat dan corrupted sepertimana Dr Mahathir berulang kali sebut didalam/diluar negeri (terdapat dalam archive YouTube) dan pernah juga mengulas dalam buku beliau ‘A Doctor In The House’?

Ini merupakan satu  isu serius yang dikaitkan dengan Presiden Parti Amanah Negara yang boleh menjejaskan nama, kedudukan Amanah serta Pakatan Harapan dan kami sebagai ahli-ahli parti meminta supaya beliau membersihkan namanya, jangan biarkan perkara ini berlarutan tanpa jawapan yang pasti.

Rizal Bakar merupakan Ahli Parti Amanah

Comments

comments