Zakir juga tidak sepatutnya mencampuri urusan politik Malaysia, kata Arun Dorasamy dari Maha Hindu Vision for 2020

KUALA LUMPUR: Penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik bukan seorang “hero” sebaliknya adalah “zero” kerana beliau merupakan ancaman kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Ahli Maha Hindu Vision for 2020 Arun Dorasamy di laman Facebook miliknya berkata, Zakir juga tidak sepatutnya mencampuri urusan politik Malaysia.

“Zakir Naik ini siapa, hendak masuk campur hal ehwal politik Malaysia, kenapa pula orang Islam begitu ghairah dengan Zakir Naik sebab dia membantai agama lain dengan pengetahuan cetek beliau dan mengagungkan Islam ke?” katanya, di laman media sosial miliknya.

Memetik beberapa surah dalam al-Quran, Arun berkata, Islam sendiri menganjurkan perpaduan sesama manusia.

“Allah tidak menyukai orang-orang yang memperlihatkan kesombongan dengan kekayaan kerana yang mulia di antara manusia di sisi Allah hanyalah orang yang bertakwa kepada-Nya.

“Tidakkah kita berakhlak yang si dia itu adalah ‘batu api’ dan ‘tin kosong’ yang tidak layak sama sekali berceramah mengenai agama Hindu atau lain lebih-lebih lagi mengujukan silatulrahim sesama warga Malaysia.

“Dia ni bukan ‘hero’ tetapi ‘zero’ yang agenda untuk memecah belahkan Malaysia……Bercerai kita roboh.

“Muslim itu bukan musuh bukan Islam tetapi kawan. Anak Malaysia, sehati sejiwa,” katanya, dan menambah, Zakir itu musuh perpaduan Malaysia.

Pihaknya turut mempersoalkan pemberian taraf Penduduk Tetap kepada Zakir Naik yang menurutnya berbeza dengan sikap yang diambil terhadap anak-anak yang lahir di Malaysia tetapi belum menerima kerakyatan disebabkan faktor perbezaan agama.

“Pemberian PR (status penduduk tetap) ┬ákepada di Zakir itu ala menyusu kera di hutan anak di rumah mati kelaparan. Di manakah prioriti kita? Ribuan anak yang dilahirkan di sini atau ibu atau bapa anak Malaysia masih di permainkan…Sebab mereka bukan Islam? Nampaknya bergitulah.”

Comments

comments