“Adakah kajian yang dilakukan ini tepat? Kenapa tidak anda lakukan kajian untuk membezakan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri negara-negara Asean yang lain.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik sebelum Najib Razak menjadi Perdana Menteri, dakwa bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin.

Anina berkata, daripada membanding kehidupan rakyat Malaysia dengan negara-negara lain, Najib seharusnya membuat perbandingan kehidupan rakyat sebelum dan selepas beliau memerintah negara.

“Rakyat negara ini hidup di negara ini. Mereka menikmati hidup yang baik sebelum Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Tidak adil bagi anda untuk membandingkan hidup di negara ini dengan negara lain. Sepatutnya anda membandingkan hidup di negara ini sebelum dan semasa era anda.

“Adakah kajian yang dilakukan ini tepat? Kenapa tidak anda lakukan kajian untuk membezakan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri negara-negara Asean yang lain. Mereka tiada Perdana Menteri yang mencuri wang negara berbillion-billion seperti anda! Mereka juga tiada Perdana Menteri yang menyusahkan hidup rakyatnya hanya kerana untuk kesenangan dan melindungi diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anina berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang berkata kos sara hidup di negara ini dinilai lebih rendah dalam kalangan negara-negara Asean.

Najib melalui laman web www.najibrazak.com hari ini berkata, perkara itu dibuktikan berdasarkan kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

“Soalan saya kepada Najib Razak; berapakah peratusan menganggur di Malaysia; berapa ramaikah jumlah rakyat yang muflis di Malaysia; bagaimana dengan jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia; sudahkah anda selami masalah kemiskinan bandar?

Anina turut mempersoalkan sama ada Najib mengkaji kesan kos sara hidup terhadap pelajar-pelajar universiti yang tidak mendapat biasiswa pelajaran; dan adakah kenaikan kos sara hidup yang walaupun kononnya terendah di Asia Tenggara ini selaras dengan peningkatan pendapatan rakyat.

“Sudahkah anda mengkaji kesan kejatuhan matawang terhadap kenaikan harga barang yang langsung tidak memberi impak kenaikan gaji terhadap rakyat?” soal Anina lagi.

Comments

comments