Dalam klip video pertama berdurasi 45 saat, kumpulan terbabit dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, selain ada di antara mereka memegang kain rentang tertera nombor ’24’ dihadapan sebuah sekolah di Klang

KEMASKINI

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menahan seramai 18 termasuk 13 pelajar sekolah kerana dipercayai menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Kesemua 13 mereka adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandaraya dan SMK Kampung Jawa ditahan semalam susulan dua klip video yang menjadi tular di media sosial, lapor portal Berita Harian.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, pagi ini.

Khalid turut mengesahkan bahawa lebih ramai individu yang terbabit dengan aktiviti kumpulan Geng 24, akan ditahan masa terdekat dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap dikalangan beliau.

“@PDRMsia kesan penglibatan pelajar2 SM Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar, SM Kampung Jawa dalam aktiviti Geng 24.

“Syabas STAFFOC @PDRMsia  13 pelajar,5 bukan pelajar disekitar Klang. Ramai lagi akan ditkap kerana terlibat dlm aktiviti geng 24. #GoPDRMGo,” katanya.

Terdahulu, dalam klip video pertama berdurasi 45 saat, kumpulan terbabit dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, selain ada di antara mereka memegang kain rentang tertera nombor ’24’ dihadapan sebuah sekolah di Klang.

Manakala, dalam video klip kedua yang dimuat naik oleh Khalid, sekumpulan individu yang menunggang motosikal memotong kek yang mempunyai lakaran gambar berserta tulisan ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi, mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa, jika terdapat pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk gangsterism.

Menteri berkenaan menegaskan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menangkap pelajar berkenaan atau mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang ke atas mereka.

“Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah ambil  tindakan sebab mereka ini tidak mahu sekolah lagi.

“Kita (kementerian) tidak mahu berunding lagi (dengan polis atau ibu bapa) kalau pelajar berkenaan telah disahkan oleh polis ada elemen jenayah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan 2.0 Parlimen Kualq Kangsar di sini hari ini.

Mahdzir dalam pada itu meminta ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak terjebak dengan kegiatan jenayah dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada pihak sekolah.

Ditanya mengenai penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap, Mahdzir berkata ia boleh dilihat menerusi enrolmen kehadiran pelajar di sekolah.

“Unsur ini (penglibatan dalam jenayah) boleh dilihat bermula dengan tidak hadir ke sekolah. Ada sekolah di bandar dan luar bandar yang enrolmen jatuh sehingga 85 peratus,” katanya.

Comments

comments