Adam, 28, tiba di mahkamah hari ini dengan berbaju lokap berwarna jingga, dan diwakili peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan memberikan keterangan palsu.

Adam didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang berkait kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan pada Februari lepas.

Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Adam, 28, tiba di mahkamah hari ini dengan berbaju lokap berwarna jingga, dan diwakili peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal.

Turut hadir menyatakan sokongan untuk beliau ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Adam dirampas. Sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei.

Adam ditahan sejak 13 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk sebuah banglo mewah.

Kediaman banglo ala “Disneyland” miliknya disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos  pada November tahun lalumempersoalkan kekayaan luar biasa Adam.

Ketua Bahagian Umno Ampang Ismail Kijo kemudiannya membuat laporan kepada SPRM.

Sebelum ini, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang menafikan Adam pernah bertugas di bawahnya.

Comments

comments