Mohamed Azmin berkata beliau dan isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan mengiringi bekas ketua pembangkang itu

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Istana Negara pada pukul 12 tengah hari ini, menurut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata beliau dan isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan mengiringi bekas ketua pembangkang itu.

“Saya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong  untuk menyampaikan surat rasmi kepada Anwar untuk menerima menghadap Anwar, Wan Azizah dan saya pada pukul 12 tengah hari ini.

“Kami akan bergerak dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 11.30 pagi,” katanya kepada pemberita di perkarangan Unit Kemasukan Wad hospital itu, di sini.

Mohamed Azmi berkata pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong nanti, Anwar dan Wan Azizah akan menyampaikan rasa menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka untuk memberi pengampunan kepada Anwar.

Comments

comments