BERITA DAILY LETTER: Dari Abdullah Sani Abd Hamid, via e-mel

Oktober 8 lalu telah tular satu video di laman Facebook yang menunjukkan seramai tujuh orang individu yang didakwa pegawai dan anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Muar sedang berhibur bersama tauke judi haram di sebuah pusat hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Bakri, Johor.

Ini sesuatu perkara yang sangat mengecewakan dan memalukan apabila pihak berkuasa yang rakyat harapkan untuk menjaga keselamatan dan membanteras jenayah yang berlaku di negara ini kini seolah-olah telah mengkhianati tugas yang diberikan.

Namun situasi inilah yang dikatakan seperti ‘bapak borek anak rintik’, di mana pegawai dan anggota polis bawahan ini dilihat telah mencontohi kepimpinan melalui teladan ketuanya.

Jika sebelum ini, bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar mengakui berkawan dengan tauke judi, kini anak buahnya juga telah mengikut jejak langkahnya itu dan menjadikan mereka tidak takut melakukan perkara tersebut yang jelas salah daripada prinsip seorang penguatkuasa.

Apa yang boleh dikatakan, inilah punca sebenar sindiket judi tidak boleh dihapuskan apabila pihak berkuasa berkomplot atau bersekongkol dengan jenayah ini.

Saya juga maklum http://premier-pharmacy.com/product/prednisone/ bahawa Ketua Polis Johor, Mohd Khalil Kader Mohd telah menukarkan tujuh orang anggota polis itu ke jabatan lain namun bagi saya ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Bukankah gaji-gaji pegawai polis ini dibayar daripada cukai rakyat, ini bermakna mereka adalah pekerja kepada rakyat.

Oleh yang demikian, tindakan yang lebih tegas terhadap mereka ini patut dikenakan atas kecurangan kebertanggungjawaban amanah rakyat supaya perkara sama tidak akan berulang di masa hadapan dan dijadikan contoh.

Saya juga ingin mempersoalkan di mana Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri dalam Negeri di mana polis adalah di bawah portfolio beliau. Mengapa beliau membisu dalam isu besar seperti ini?

Saya ingin menggesa Ahmad Zahid untuk tidak terus berdiam diri dan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) agar segala salah laku yang melibatkan polis dapat disiasat dan diambil tindakan yang telus.

Selagi tidak ditubuhkan suruhanjaya sedemkian dan diambil tindakan tegas, negara kita akan kekal menjadi negara yang paling korup dan kadar peratusan jenayah tertinggi di dunia.

Abdullah Sani Abd Hamid adalah ahli parlimen Kuala Langat

Comments

comments