BERITA DAILY LETTER: Dari Nik Abdul Aziz Hj Nik Hassan, via e-mel

Publisiti yang dihebahkan oleh kalangan tertentu kepada masyarakat umum adalah bahawa G25 ialah suatu pakatan yang liberal dan musuh kepada Islam. Butir-butir biasanya sebagaimana berikut:

  • G25 suatu pakatan yang mendukung fahaman liberalisme, pluralisme, LGBT, kristianisasi, dan meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain;
  • Secara implikasi dan tersiratnya ini menbawa maksud anggota pakatan G25 tidak beriman kepada Allah SWT;
  • G25 tidak menghormati ulama-ulama dan membuat pentafsiran hukum fiqh dan teks tanpa sempadan dalam menghidupkan debat dalam agama;
  • G25 suka mengunakan lojik akal untuk mengubah agama mengikut kesesuaian kemodenan semasa demi untuk menjadi agama itu relevan;
  • G25 tidak yakin Islam boleh mengelolakan dunia;
  • G25 bersuara di atas nafsu dan G25 membantu masyarakat untuk memperkecilkan Islam; dan Kesimpulannya, G25 adalah barah negara.

G25 ingin menjawab tuduhan-tuduhan di atas secara berurutan, dengan harapan bahawa sebarang salah faham dapat diperbetulkan dan persepsi negatif kumpulan kami dapat diperbaiki.

Tuduhan pertama adalah semata-mata andaian dan assumption sahaja. G25 selama ini tidak pernah mendukung fahaman-fahaman liberalisme, pluralisme, LGBT, kristianisasi, dan tidak pernah menyatakan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Selama ini dalam soal Islam, G25 menekankan bahawa ajaran Islam mengutamakan prinsip justice, compassion and mercy.

Jawapan untuk tuduhan kedua. Tuduhan ini juga melulu dan sangat berat sebab ia menyentuh perihal keimanan dan akidah seseorang. Tuduhan sebegini memberi implikasi G25 tergolong sebagai orang-orang yang tidak beriman dan justeru itu terkeluar daripada akidah Islam. Soal keimanan anggota G25 kepada Allah SWT hanya DIA sahaja yang Maha mengetahui.

Apa yang G25 melakukan selama ini berhubung dengan agama cuma sekadar mempersoalkan kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan daripada pihak religious birokrasi dan pandangan ulama-ulama tertentu dalam hal-hal tertentu.

Persoalan-persoalan yang kami timbulkan ini didasarkan kepada pandangan ulama-ulama tertentu yang kami yakin akan kepakaran masing-masing dalam bidang-bidang yang relevan.

Sebagai contoh, seorang ahli kami, En Nik Abdul Aziz, banyak merujuk pandangan-pandangan ulama-ulama seperti Shah Wali Ullah Al Dihlawi dan ulama-ulama Islah (Reformasi) baik di luar negara mahupun ulama-ulama tempatan. Buku beliau yang terakhir berjodol “Ide Ide Reformsi Islam Malaysia Kini” terbitan Strategic Information and Research Development Centre, Petaling Jaya, Malaysia 2017).

Tuduhan ketiga sehingga yang ketujuh juga sangat meleset dan menpunyai unsur-unsur fitnah. Sebagaimana yang ternyata di atas, kami senantiasa akan merujuk kepada pandangan ulama-ulama autoritas baik yang sebelum mahupun yang kontemporari sebelum membuat apa-apa pernyataan mengenai agama.

Pada kami, dalam Islam, yang menjadi sumber pokok ialah Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih. Dalam konteks ilmu Al-Quran dan Al-Hadith kami memandang tinggi ulama-ulama yang mempunyai metodoloji untuk kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith berasaskan kepada tradisi metodoloji ulama-ulama besar dalam zaman keagungan Islam silam khususnya di kalangan ulama-ulama mutaqadimin.

Berasaskan kepada tradisi ulama-ulama islah (reformisma) kami menyedari betapa penting tradisi amalan-amalan ijtihad melalui jalan istinbad ‘in all time and space’ demi untuk membawa maksud dan formula Al-Quran dalam pembentukkan fiqh semasa. Melalui pendekatan demikian barulah maksud Al-Quran boleh menjadi formula ke arah menyelesaikan persoalan setempat dan semasa.

Bertolak daripada tradisi ijtihad inilah kami dapati wujud perbezaan pandangan-pandangan dalam ilmu fiqh. Justeru itulah maka dalam sejarah wujud berberapa aliran mazhab fiqh tertentu. Yang utamanya dikalangan aliran mazab-mazhab ini ialah mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Shafie, dan mazhab Hanbali.

Di antara empat mazhab ini Shah Wali Ullah Al Dihlawi, seorang ulama reformis di India, cuba menthatbiqkan (mencari titik pertemuan diantara dua yang berbeza) dua aliran mazhab yang paling utama pada beliau, iaitu mazhab Hanafi dan mazhab Shafie.

Tujuan pendekatan itu dibuat ialah untuk mencari jalan perpaduan di kalangan kesemua pengikut-pengikut mahzab-mazhab tadi.

Demikian juga dalam tradisi perkembangan ilmu tasawuf kami dapati ada aliran-aliran tertentu dalam perkembangan ilmu ini antara yang popularnya ialah aliran doktrin Wahdatul Wujud dan doktrin Wahdatul Shuhud.

Aliran Wahdatul Wujud diasaskan oleh Muhyideen Ibnu Al Arabi dalam abad ke-13 manakala aliran Wahdatul Shuhud diasaskan oleh Sheikh Ahmad Sirhindi dalam abad ke-17. Bertolak daripada kedua-dua aliran doktrins yang berbeza pada lahir ini Shah Wali Ullah Al Dihlawi dalam abad ke-18 menthatbiqkan kedua-dua aliran doktrins ini. Penerangan lebih lanjut dalam soal ini boleh didapati dalam kitab Abaqat karangan seorang ulama India Shah Ismail Al Shahid.

Dalam buku En Nik yang tersebut diatas, beliau juga ada menjelaskan kedua-dua doktrins ini.

Dalam bidang falsafah pula kita didapati wujud konflik pendapat antara imam Al-Ghazali dengan Al-Farabi dan seterusnya diantara Ibnu Rushd dengan imam Al-Ghazali. Sesungguhnya perbezaan-perbezaan perdapat di kalangan ulama-ulama besar adalah suatu rahmat yang tersembunyi kepada kita semua.

Perbezaan pendapat ini menunjukkan betapa luasnya horizon ilmu agama untuk diamalkan oleh ummah yang berada dalam berbagai budaya di dunia ini. Berasaskan kepada prinsip keilmuan diatas, apabila pakatan G25 berpegang kepada suatu pandangan ulama yang kami yakin dan tidak bersetuju dengan pandangan ulama yang lain dan pandang-pandangan religious birokrasi ia tidaklah pula bermaknya G25 sudah menolak Al-Quran, Al-Hadith dan pandangan ulama-ulama pada keseluruhannya.

Apa yang cuba ditekankan oleh G25 dalam memilih pandangan ini ialah aspek the practical side of the teaching of Islam dan prinsip keadilan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk dan negara kini.

Bertolak daripada worldview di atas juga maka G25 tidaklah sekali-kali mempercayai bahawa Islam tidak mampu mengelola dan mentadbir dunia. Cuma apa yang perlu diketahui ialah worldview Islam dalam zaman Rasulullah SAW dan para sahabat mampu mencipta suatu piagam iaitu piagam Madinah yang begitu hebat dan terbuka.

Berasaskan kepada semangat dan makna piagam tadi menampakan ia berupaya untuk menangani persoalan kehidupan masyarakat majmuk.

Yang sedihnya kini Piagam Madinah hasil usaha Rasulullah SAW dan para sahabat kurang sekali mendapat perhatian dalam masyarakat kita. Oleh kerana sifat keterbukaan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dan para sahabat maka selepas 60 tahun sahaja kewafatan baginda umat Islam bangkit di dunia sebagai kuasa besar.

Seterusnya pula selepas beberapa abad kemudiannya tradisi keilmuan Islam yang berpusat di kota Baghdad dan di Andalusia, Spain, mampu eksport ‘civilization’ ke dunia Eropa sehingga wujud di sana suatu era baru yang dinamakan sebagai zaman Renaissance.

Sebaliknya kini oleh kerana worldview ummah banyak didominasi oleh fahaman konservatif dan dogmatis worldview dan kehidupan ummah menjadi lesu dan inferior dalam segala-galanya. Kehidupan ummah pada umumnya terperangkap dalam permainan politik hegemoni baik diperingkat antarabangsa mahupun di peringkat nasional.

Ummah juga sudah kehilangan kompas moral dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Bertolak daripada worldview negatif demikian apakah ummah kini mampu untuk mengelola dan mentadbir dunia?

Justeru kerana itu pemikiran ummah perlu diislahkan (direformasikan). Maksud islah di sini ialah dengan kembali kepada worldview Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana dalam zaman keagungan keilmuan Islam dahulu dan menolak sebarang pendekatan taqlid buta kepada kitab-kitab ulama-ulama.

Dengan demikian barulah worldview ummah berupaya dan bertenaga untuk mentransformasikan bangsa bagi mendepani cabaran-cabaran arus globalisasi yang begini deras dan laju yang pada umumnya dipandu oleh kuasa hegemoni dunia dan kuasa hegemoni tempatan.

Nik Abdul Aziz Hj Nik Hassan adalah sorang ahli kumpulan G25

Comments

comments