Pada tahun ini sahaja seramai 7,344 penghidap baharu penyakit tersebut dikesan

KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Norol Azali Sulaiman berkata sebanyak 14.8 peratus atau 147,676 daripada lebih 1.5 juta penduduk di Pahang dikesan menghidap penyakit diabetes.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja seramai 7,344 penghidap baharu penyakit tersebut dikesan.

“Hasil semakan terhadap data semasa mendapati, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di jabatan pesakitluar di semua fasiliti kesihatan negeri ketika ini adalah seramai 44,214 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 26 pesakit berusia 18 tahun ke bawah, manakala dalam julat umur 18 hingga 39 tahun pula ialah 1,867 orang dan selebih adalah mereka yang berumur 40 tahun ke atas,” katanya kepadaBernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya penyakit diabetes kini menjadi antara penyakit yang membimbangkan negara dan dunia, malahPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri meramalkan penyakit ini akan menjadi antara tujuh penyakit puncautama kematian pada 2030.

“Data kematian di Malaysia sendiri menunjukkan 73 peratus daripada semua kematian di hospital kerajaanadalah disebabkan penyakit diabetes dan komplikasinya, terutama serangan jantung dan strok.

“35 peratus daripada jumlah ini adalah dalam kalangan mereka yang berumur bawah 60 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, Norol Azali berkata rakyat di negeri ini perlu memulakan langkah proaktif dan mengambiltanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri selain memahami bahawa penjagaan kesihatan bukanlahtanggungjawab kakitangan kesihatan.

Beliau berharap dengan peningkatan kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap risiko penyakit itu ia dapat mengubah amalan hidup rakyat di Pahang kepada gaya hidup yang lebih sihat supaya penyakit ini berjayadikawal dan dicegah.

Comments

comments